Monday, 16 January 2017

[challenge] #11: Favorite Color


Pandangan ditala ke arah dada langit. Biru terang, seperti ais krim yang kian mencair di tangan. Petang-petang ambil angin bawah pohon memang masyuk sungguh. Lagi-lagi bila dapat ais krim orang belanja, nikmatnya MashaAllah.

 “There’s thing about those cloudless sky that can draw us in. Don’t you think so?

Dulu antara benda yang cukup untuk membuatkan dirinya pulih dari emosi ‘terbalik’ tidak dijangka adalah langit. The universal healer. Berjalan kaki dari sekolah ke rumah sambil terdongak dongak ke arah langit yang cerah. Warna biru cerah yang nampak ‘segar’ dek simbahan mentari terik.

Panas usah dibual, tapi warna tu.

Healer.

Bola mata singgah pada manusia disebelah.

“Lukis apa?” Senyum sinis yang cuba disorok dengan nada polos menyoal gagal ditelinga. 

Aku pejam mata, tahan nafas. Tahan rasa naksepak orang. Dia punya sense of humor ni tak menjentik saraf betul lah. Sejak bila gagal memahami maksud literal perkataan. Padahal selama ni bukan setakat literal, metafora dan sarcasm tu boleh dikira bahasa pertama dia dah. “Shut up, nakjadi filosof sikit pun takboleh.” Selamba batang ais krim dicampak ke tanah. Tangan yang melekit disapu pada seluar track, pemalas punya pasal.

“Filosof apa kalau batang ais krim pun buang merata. Environmental destruction adalah.” Dia bangun dari pangkin, batang ais krim yang aku buang sengaja tadi dikutipnya. Sempat ditunjal kepala aku dengan hujung batang nipis itu sebelum berlalu masuk kedalam rumah.

‘Hesh, budak ni!’

----

#random

8 comments:

zaatira zainuddin said...

aku teringan short story yg pilot tu

Flavnesz said...

Looking at the sky always calm me down the most

Nurul Rasya said...

one of the things i love about sky is that each scenery is different every time.

faten.banana said...

sebenarnya, aku pun ~ sebab essence dia sama :)

faten.banana said...

Me too! Universal healer kan :DDD

faten.banana said...

True, yet its still the same sky XD The eyes of the viewer is the one that changed :)

Eyqa Zq said...

Cause sky have it own way to calm us down. My fave color varies depend on mood. XD

faten.banana said...

HHAHAHAHAHA I CAN RELATE XD