Sunday, 25 December 2016

[challenge] #2: Resepi (pemalas) Potato Crouqette

Assalammualaikum.

Aku bukan manusia yang tahu sangat memasak. Tapi, aku suka tengok video makanan dan kadang-kadang akan ada masa datangnya angin kus-kus timur laut (kot) yang akan buat aku rasa nak memasak. Selalunya aku akan buat pencuci mulut, takpun benda yang ringkas ya ampun tahap kau pun rasa naknangis. 

Hm. Jangan risau, aku bukan nak kongsi resepi masak air sahabat sekalian. 

source: Google
Potato Croquette sebenarnya makanan Jepun yang aku tengok dalam drama Good Morning Call. Satu-satunya makanan Jepun yang aku rasa aku mampu buat. Kalau dekat Malaysia, tempat yang aku jumpa Croquette (secara taksengaja selepas kempunan berbulan T_T) dekat AEON Midvalley. Siap ada isi macam-macam lagi, contohnya krim dan labu.

Maaflah anda terpaksa menggunakan kreativiti anda untuk membayangkan setiap langkah. Saya tak sempat ambil gambar setiap kali saya masak, tahu-tahu dah habis.

Bahan-bahan:
Kentang (4 biji potong empat)
Telur (1)
Tepung Kentucky (lol, resepi asal guna serbuk roti tapi saya miskin)
Garam (secukup rasa)

++Tambahan: (taknak pun takpe)
1- Bawang Besar (tapi aku selalu guna bawang merah sebab dekat rumah aku bersepah bawang merah je) 
2- Lobak merah atau mana-mana sayur yang dirasakan sesuai.
3- Udang (potong kecik2) / daging atau ayam kisar
4- Susu sejat (aku letak saja-saja, dalam resepi asal depa tambah fresh cream)

Nota kaki: Bahan 1-3 kena goreng (saute) sekali.

Cara-cara:
1. Masukkan kentang dalam periuk, takperlu buang kulit lagi pun takpe. Isi air sampai menutupi semua kentang. Masukkan sedikit garam dan rebus sampai empuk (15-20 minit)

2. Buang air/sejat kentang sampai takde air. Kalau korang rebus tanpa kulit, boleh terus lenyek kentang dengan garfu mengikut tekstur yang korang nak. Kalau belum buang kulit, faham-faham lah. Lol.

3. Masukkan bahan tambahan dalam kentang yang dah dilenyek, kalau ada lah. Aku malas. Kalau rajin sikit, aku goreng bawang je.

4. Tambah telur. Tapi tengok jugak, kadang-kadang aku guna sebiji telur pun rasa banyak sangat. Jangan sampai kentang lenyek korang jadi cair macam air.

5. Bahagikan kentang tu, kalau dalam bekas bulat boleh bahagikan macam pizza. Takpun gasak je, ambik sesudu dan buat bentuk bulat kecik. Biasanya memang boleh bentuk walaupun dia melekit sikit dekat tangan (atau melekat banyak)

Nota kaki: Walaupun semalas mana pun korang, jangan buat bentuk sebesar tapak tangan sebab malas ;’) payah nak goreng. Melainkan korang pro.

5. Salut dengan tepung Kentucky betul-betul kalau taknak Potato Croquette korang tinggal kulit sahaja :’) Takpayah salut telur dulu melainkan korang nakguna serbuk roti.

6. Goreng dalam minyak penuh sampai warna perang ataupun korang punya firasat mengatakan air tangan korang dahmasak. Sebenarnya, takperlu goreng lama pun sebab bahan lain dah masak awal-awal.

7. Angkat, makan. Kadang-kadang aku tibai makan dengan nasi cicah sos.

Aku rasakan Potato Croquette versi Malaysia sebenarnya Bergedil  Tapi aku taksuka kentang salut telur macam tu je. 

Mungkin aku patut cari apa perbezaan bergedil dengan croquette?
Lol.

Have fun cooking! 

ADIOS!

(Nota Kaki: Penulis kebiasaannya memasak mengikut citarasa dan mulut dia sendiri.)

14 comments:

  1. Nicee nampak mcm sedap je, boleh try ni

    ReplyDelete
  2. croquette biasanya memang pakai serbuk roti.. kalau takde, memang bergedil je nama dia..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, tapi nak ala japan jugak :')

      Delete
  3. lol, kami lagi pemalas, instead of using bread crumbs we just crack je biskut kering hup seng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaaa idea bernas, maybe den patut try XD

      Delete
  4. Replies
    1. Inn Shaa Allah, nanti aku tunjuk skil memasak aku lol

      Delete
  5. Boleh try ni sbb saya suka potato!

    http://hitchikingbaby.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. thanks for the recipe. boleh try ! :D

    ReplyDelete
  7. tak pernah masak potato macam ni. and this is my first time dengar. hahahaa. T_T. loookk tastyyy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA WELCOME TO THE POTATO WORLD LOL

      sincerely,
      a potato XD

      Delete