Wednesday, 7 December 2016

037: shooting dreams


“Awak?” Itu cukup membuatkan aku yang sedang menunduk kebawah mengangkat kepala. Tersentak, sebenarnya dari tadi berharap sesi perkenalan ringkas ini akan berhenti atau skip je apabila tiba giliran aku.

Tsk.

“Nama saya, Fatin Azira. Er, course, BENL.” 


The only BEN-student in this hall, apparently.

Dia senyum.

“Mesti nakjadi cikgu ni?”

Definitely not a teacher!” Taken aback, tapi dia masih senyum. Entah kenapa aku jadi agresif bila jurusan asasi yang aku ambil selalu dikaitkan dengan kerjaya itu sahaja. 

“Lepastu nakjadi apa?”

Jeda.
Satu ruang lecture hall itu menanti jawapan dari aku.

“Saya nakkerja dengan bank.”

“Kenapa?" Dia punya aura wartawan dahmula memancar tapi yang anehnya, aku takrasa janggal. Situasinya seperti kau sedang berbual dengan abang sendiri – walaupun kau takde abang. Har. 

"Mesti ada sebab kenapa.” Sambungnya lagi apabila tiada suara yang keluar dari mulut aku. Hanya riak kosong.

“Macam saya, saya pilih pilot dengan journalist sebab saya naktravel free.” Gelak.

Memang rasa dia macam ada big brother.

I don’t know, I just want to work in a bank. But definitely, not a teacher.” 

Dan dia hanya angguk sambil senyum. 

Aku sendiri taktahu kenapa profesion yang satu itu takmelekat di hati. Bukannya aku benci kerjaya sebagai cikgu tapi disebabkan aku memang kurang dalam skil mengajar orang, aku jadi seperti ini.

Berapa kali juga aku ulang pandang wajahnya di skrin sewaktu bersiaran atau sedang menjalankan tugasnya sebagai wartawan dalam slaid yang disediakan dan dia yang sedang berdiri dihadapan aku. Lain, itu yang mampu aku kata. 

Aha.

“Cuba awak semua brainstorm diri sendiri, cari apa kelebihan yang diri awak ada tapi orang sebelah takde.”

“Contohnya, awak pandai dalam fotografi walaupun awak dari jurusan Human Science.”

No harm trying. Awak cuba jinakkan diri dalam perkara-perkara yang boleh bawa awak ke arah impian awak. Grab setiap sekecil-kecil peluang yang diberikan kepada awak, kita takkan tahu sama ada peluang tu akan datang lagi.”

“Pastikan konfiden tu sentiasa ada.”

“Jadi opportunist.”

Aku masih explore apa yang aku mahu untuk diri sendiri. Masih mencari apa yang diri mampu lakukan. Mencari apa kelebihan yang diri sendiri ada yang tiada pada orang lain. Dan seeing him in person, memang bagi vibe manusia yang sentiasa optimis. 

Senyum je selalu.
Cara berdiri pun nampak sangat konfiden dia memancar. Hahaha.

Explore, taksalah mencuba. Baru tahu target sebenar nak shoot.

1/9/2015

Career Talk, Khairil Amri – TV AL-Hijrah News Caster.


---

Assalammualaikum.

Boleh dikatakan, setiap minggu mesti akan ada talk dekat universiti aku :') Blessed. Tapi selalunya hari yang ada talk mesti aku ada latihan silat - tapi bukan itu kesnya. Career Talk ni being held for a week, taksilap. Aku sempat pergi yang Khairil Amri je, yang lain taksempat (sebab clash dengan latihan silat atau 'jauh' sangat dari course aku)

Aku tulis entri atas ni untuk diri aku sendiri baca, bukan untuk di-publish dekat blog sebenarnya. Memang perasaan tulen tanpa tapisan lol. Lepas attend talk tu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak mampu aku nakluah, it makes me contemplate a lot even after days. I felt a bit different than I used to. Maka, aku decide untuk catat dalam MS Words. Juga, sebagai peringatan lembut untuk diri sendiri untuk aku yang mudah terhuyung-hayang.

By 2016, it's getting better ;) I managed to do something, grab few opportunities, discover the other side of me, express myself more than I used to (it can't be helped if you're taking Public Speaking classes lol).

Hoping 2017 would be a great year too.
Degree life.
Being 20.
There's more to explore, I believe.

2 comments:

  1. bestnya ada banyak talk. I'd love to attend one but my university is located on the countryside :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaaaaa i feels you ~~

      den boleh pergi sebab selalu depa buat kat kolej (which apparently around my asrama too!)

      Delete