between the lines



016: Little things

Sunday, 20 March 2016




"Dari mana?" Konon laung, tapi sekadar mulut terkumat-kamit menyoal aku.

"Jaya One."

"Sorang?" Soal lagi. Berdiri hampir sepuluh langkah jauh dari aku, tanpa lansung berganjak.

Dan aku appreciate that kinds of thing.

Aku senyum, angguk sebagai jawapan.

Muka yang sengaja menayang riak sedih aku balas dengan senyuman yang makin melebar. Lulz. Dia ni memang lah.


***


"Semalam, Abang Hazim handle." Aku jawab, merujuk pada soalan yang dia lontar awal tadi. Semalam dia takhadir kelas latihan, jumpa di perpustakaan, sempat pula tegur aku walau nampak tergesa-gesa.

Dia pamer riak pelik.

"Abang Hazree ke?"

Aku blank kejap.

Lulz.

"Ha ye, abang Hazree. Lepastu ustaz Kadir pun ada."

"Ustaz Kahar?"

Tepuk dahi, gelak untuk sorok rasa malu. Penyakit lupa nama dah datang menyerang. Kata hampir tiga semester, tapi nama tenaga pengajar pun boleh lupa. Dasar.

Tapi, dia tak gelak pun dekat kesalahan aku. Sebaliknya, dia betulkan.


***


"Hei, kau nakpergi mana laju-laju ni?"

"Aku nakprint surat kebenaran untuk assignment ni, dah lewat nakmasuk kelas."

"Lepastu nakpergi minta approval lecturer lagi." Sempat aku kerling telefon pintar di tangan. 10 minit lagi.Sekarang baru pukul 9.49 pagi, harapnya takramai lah orang. Nakcepat punya pasal. Muka dahberpeluh tambah pula dengan rasa macam nak menangis bersungai. Aku tengok manusia sebelah dia hanya sengih takkata apa.

"Jom cepat, aku pun nakcollect hand-out dekat atas." Tingkat tiga perpustakaan memang ada sediakan servis printing. Dia sapa pula, waktu di tangga tadi.

Aku melangkah mendahului dia dengan rakannya. Mengejar waktu dan janggal pada masa yang sama.

"Kau beratur dekat mana tu? Sini lah." Baru sedar, yang aku berada dibarisan yang salah. Lulz, apalah nasib anda wahai tuan hamba? Dia arah aku beratur dihadapannya, sebelum dia bergerak ke arah rakannya tadi yang sedang duduk menunggu di meja berhadapan rak buku.


***


Those little things that I actually appreciate, dan sebenarnya ada juga rasa perlu contohi dia dalam mengawal perasaan. Seriously, kagum dengan cara dia seolah takterkutik dengan apa yang orang lain kata atas muka dia. Depan-depan. Macam malukan dia pun ada sobs.

Apa-apa pun, always wishing you all the best and keep strong!

Assalammualaikum.

(p/s: lamaaaaa taktulis cerpen/ff/etc sobs ayat makin beku sedingin salju)

Labels: ,

4 comments
Blogger Nabila Syifa said...
nice!
 
Blogger Suhaiza Suki said...
teruskan menulisss!suka baca cerpen awk.
 
Blogger faten.banana said...
@Nabila Syifa @Suhaiza Suki Thankseuuuuuu >.<
 
WOIIIIII TAK CITE PUN. SAPEEEEE DIAAAAAAAA YA ALLAH I DYING HERE BABE
 

Post a Comment