between the lines



007: posmen

Thursday, 24 December 2015



"Apa ni?" Dia angkat kening sebelah. Selamba kotak bersaiz sederhana itu ditarik buka.

"Letters? Kau naksuruh aku buat apa?" Dia turun dari tembok yang didudukinya tadi. Pandangan betul-betul ke arah aku, meminta jawapan. Tangannya dahmula menyelongkar sampul surat berbagai warna dalam kotak tersebut, dahberkurun rasanya benda tu bertapak dalam kotak itu. Tapi tidak pula dia buka lembaran tersebut.

Aku masih senyap, taktahu nakjawab apa sebenarnya.

"Wei." Lagi. Sampul surat yang dikeluarkan tadi diselit masuk semula ke tempatnya. Pandangannya kian lembut, seolah memujuk aku menuturkan jawapan yang dia tunggu.

"Er, aku taktahu." Kesat rasanya tatkala ini. Taksedar, aku melangkah setapak kebelakang.

"Aku postmen je." Sambung aku datar. Fail kertas makin erat aku peluk. Kasut Converse yang tersorok dek kain baju kurung yang melabuh nampaknya lebih menarik perhatian tatkala ini.

"Seriously?"

"Dahlama kau buat kerja ni?" Ada sarkastik dalam nadanya. Kotak tadi ditolak ke arah aku.

"Kau bukan posmen sesiapapun."

Aku angkat pandangan, sedari tadi sekadar menekur lantai. Baru perasan yang dia dahtukar gaya rambutnya. Makin pendek, makin kemas.

"I'm doing it for fun." Tipu.

Dia diam.

"Really Meen?"

Jam aku kerling sekilas.

"Sorry, I got to go. Bio." Tipu lagi. Berpaling dan terus pergi dari tempat tadi.

Takpe, demi nakjaga hati aku.




Labels:

2 comments
ape yg trigger hang ni????
 
Blogger faten.banana said...
postmen - confession ;-; the feelings bukan lyrics hahaha
 

Post a Comment