Saturday, 18 February 2017

042: Port Dickson, a short trip of finding me.

[Nota: Penulis takperasan tadi dia tekan 'Publish' walhal masih bersifat draf.]

Port Dickson, Catatan Februari 2017

Assalammualaikum

Bila Nasyrah ajak aku turun Port Dickson untuk ikut satu program kelab (yang aku tidak tahu pun kewujudannya hingga tatkala itu) dengan bayaran RM5 (makanan MashaAllah sumpah sedap heaven gila) untuk dua hari satu malam pada hujung minggu lepas aku terus cakap okay. Takfikir panjang, takfikir apa-apa. Taktahu kem apa pun, yang aku tahu aku taknak duduk dalam bilik. Mungkin juga disebabkan perasaan sesak dengan rutin sama setiap hari. 

Lol. Aku taksuka sangat rutin yang sama, aku jadi bosan, Tapi, kena ikut.

Semua berkait dengan aku selalunya diluar jangkaan. Aiseh. Dan aku suka sebahagian diri aku yang tiba-tiba boleh melencong dari jadual asal. 

Fleksibel, kata orang. Ye, ye memang tengah angkat bakul ni :')

I
Sometimes, you need to neglect your ‘intuitution’. Following them is an option actually, but who knows? Allah is the best Planner of all.

Aku selalunya rasa stres dan akan menangis bila pergi kem hahahahahaha taktahu kenapa, mesti ada sesuatu yang membuatkan aku rasa sebak sampai terusik hati. 

While I thought it is going to be like another camps I used to go; it did not.

Tapi kali ni tak, okay je sebab fasi senior takde suruh rush; masa yang diberi pun agak fleksibel untuk aku guna masa menghadap laut sambil dengan deruan ombak. Ceh.

Kem yang aku pergi ni rupa-rupanya Kursus Asas Fasilitator dan Induksi Ahli Baru bagi kelab tersebut, yang bukan ahli (macam aku) pun boleh ikut serta. And I'm glad I did. Banyak juga input yang aku dapat sepanjang dua hari satu malam di Port Dickson tu. Walaupun secara dasarnya nampak macam kosong, tapi sebenarnya berisi. 

"A good listener takbuat expression." - Bro Azmi

Sambil menyelam minum air.
Sambil berprogram, sambil menyulam ilmu dan ikatan.

Banyak juga yang aku belajar tentang bagaimana nakjadi fasilitator yang aktif dan efektif. Satu benda yang aku boleh katakan, bidang ni agak mencabar sebab dia bermain dengan psikologi jugak. Banyak perkara yang kita kena pertimbangkan. Kau kena aktif, kena banyak fikir. Kena tahu macam mana nak kendalikan satu situasi ni supaya takberada diluar kawalan, supaya dapat membuahkan satu hasil yang positif!

Ingatkan jadi fasilitator ni mudah?

Terus bertubi-tubi tembus tanah.


II
"Sudden friendship would flourish despite of different background. It’s like a bouquet of flowers, the more, the merrier! Erk."

“Assalammualaikum. Kita mulakan dengan ta’aruf dulu lepastu baru kita discuss topik yang dah diberi.” Lelaki, the one and only diantara kami berlima mengambil langkah mengetuai, memulakan muqadimah. Pemudah cara.

Maka, lima manusia berbeza jurusan dengan gelaran Kek Pisang menjadi satu buat dua hari satu malam. Berbincang isu sosial media sama-sama, makan sama-sama, sembang sama-sama, terjun Pantai Port Dickson sama-sama, main game sama-sama walaupun satu penemuan kritikal yang maha dahsyat dijadikan bahan ketawa mereka ketika itu; Fatin is bad at games, noktah.

“Cuba bayangkan kalau kita hantar Fatin?”
Jeda. Semua menghantar pandangan dengan isyarat bermakna pada satu sama lain. Tinggal aku terkebil-kebil.
Sengih mula terkoyak dibibir masing-masing sebelum ketawa bergabung.
“Ei benci ah.” Aku lempar daun kering yang dah dikoyak-koyak ke tanah. Tanda protes kononnya. Tapi makin menambah ‘perasa’ dalam ketawa mereka adalah.

Like, how can I keep consistently lose in games? 

Gelak ketawa, hingar dengar perkataan ‘Alah, tadi baru trial kan?’ berulang-ulang kali waktu main games.


III
Allah’s reminder could comes in any way, in case we all forget those so called ‘little mistakes’ while having fun.

Setuju atau tidak, ada sesuatu yang kita boleh cedok dari manusia yang kita barangkali pertama kali jumpa. Dan aku, sentiasa percaya yang dengan mengembaralah kita dapat kenal orang dengan lebih dekat, rapat dan mampat. Takkiralah, kawan mahupun orang yang asalnya asing pada diri kita. Pada masa yang sama dapat juga tengok sisi diri kita yang lain apabila diletakkan dalam satu situasi yang memerah keringat, menekan emosi dan sebagainya.

Manusia kan?

---

Aku tak amik gambar waktu pagi sebab malas nakpegang kamera, nakmasuk air lagi hahahaha maka semua aku tinggal je dalam khemah. No gadget at all for the last day. 

"Belajar terus belajar."

Thanks for the memories!